Montessori

Dr. Maria Montessori melihat pendidikan sebagai bantuan kepada kehidupan, “aid to life”. Dengan berdasarkan perkembangan semula jadi kanak-kanak yang melalui beberapa peringkat perkembangan, beliau menyediakan persekitaran yang dapat membantu anak-anak dalam perkembangan mereka. 

Para Guide membimbing anak-anak dan memberi galakan dan insipirasi untuk mereka melibatkan diri dalam kerja spontan dan bermakna. 

Kami menyediakan Prepared Environment dengan teliti bagi membantu perkembangan dan memenuhi keperluan anak-anak yang berumur 3-6 tahun dari segi fizikal, sosial, emosi dan rohani. Selain dari 5 ruang khusus seperti yang tersenarai di bawah, kami juga mengamalkan kumpulan ‘mixed-age’.

IMG_2456

practical life

Ruang Practical Life membantu anak-anak berdikari dalam kehidupan seharian.  Melalui aktiviti-aktiviti ini, mereka dapat membina konsentrasi dan membina koordinasi pergerakan.

sensorial

Bahan-bahan di ruang Sensorial membantu anak-anak dalam memperhalusi deria-deria mereka di samping membantu mereka dalam mengklasifikasikan persekitaran dan menggalakkan eksplorasi alam sekeliling.

language

Ruang Bahasa menawarkan kunci kepada membaca dan menulis. Ianya termasuklah kesedaran fonetik dan fonemik. Sering kali mereka merasakan bahawa mereka telah mengajar diri mereka sendiri untuk menulis dan membaca.

mathematics

Area Matematik membantu dalam memberikan asas yang kukuh untuk memahami konsep Matematik melalui eksplorasi secara konkrit

cultural

Anak-anak secara semula jadinya tertarik dengan alam di sekeliling mereka. Area Budaya bantu mereka dalam memenuhi sifat ingin tahu dan menghubungkan mereka dengan alam sekitar dan budaya setempat.